Pure Moroccan Argan Oil Series from Drazma Wellness, 10 ml
Price Rm 55
Argan oil has incredible conditioning and anti-aging properties that keep hair and skin revitalized, "It's great for dry skin, does not clog pores, helps minimize fine lines, and can treat split ends."
Argan oil can help people with mild acne as the oleic acid found in the oil helps promote healthy levels of sebum production, and its linoleic acid helps prevent excess dead skin cells by promoting healthy skin turnover."
Minyak Argan adalah minyak yang dihasilkan dari biji pokok Argan yang penuh dengan khasiat semulajadi untuk kosmetik dan kesihatan tubuh badan manusia secara dalaman dan luaran. Pokok Argan tergolong dalam spesies randa dapat hidup dalam cuaca dan keadaan muka bumi yang kering-kontang di bahagian barat daya Maghribi menjadikan ianya sangat istimewa dan unik serta amat sukar untuk dibiakkan atau di tanam di mana-mana bahagian Maghribi ataupun negara lain.
Pokok Argan atau nama saintifiknya Argania Spinosa pernah meliputi Afrika Utara dan kini terancam serta berada di bawah perlindungan United Nations Educational. Scientific and Cultural Organization (UNESCO). Pokok Argan tumbuh meliar di semi-padang pasir dengan sistem akar yang dalam, dapat membantu melindungi hakisan tanah di Utara Sahara. Tumbuhan unik ini hidup di kawasan yang meliputi dataran Intramontane yang luas lebih daripada 2,560,000 hektar, yang bersempadan dengan High Atlas dan Little Atlas Mountains dan terbuka kepada Atlantik di barat. Minyak Argan kekal salah satu daripada minyak yang jarang ditemui di dunia disebabkan oleh kawasan-kawasan yang semakin kecil dan sangat khusus.
KELEBIHAN MINYAK ARGAN
Minyak Argan Baik Untuk Diet Harian
Ia disajikan untuk sarapan pagi bersama-sama dengan roti bakar, dicelup ke dalam Minyak Argan serta madu. Hidangan tradisional Maghribi, Amlou Sweet, dianggap sebagai makanan istimewa sebenar. Ia terdiri daripada Minyak Argan yang dicampur madu dan badam, memberikan tenaga serta kekuatan, juga dikenali sebagai aprodisiak. Dalam masakan di rumah serta di restoran, Minyak Argan ditambah pada makanan yang dikukus, digoreng atau dipanggang. dengan cara ini, ia akan meningkatkan rasa serta menyediakan beberapa vitamin tambahan yang diperlukan oleh badan.
Minyak Argan Untuk Kesihatan Dalaman & Luaran
Minyak Argan yang ajaib dan kaya dengan khasiat ini digunakan untuk kegunaan harian dan untuk rawatan dalaman serta luaran. Ia juga digunakan pada kulit bayi untuk melindungi daripada unsur-unsur bahaya dan 'chafing'. Rawatan minyak badan merupakan rawatan perubatan Ayurvedic India Kuno yang dapat memberi tenaga kepada tubuh badan dan meningkatkan kesihatan seseorang.
Minyak Argan Dan Anti-Oksida
Kandungan Vitamin E yang tinggi, 2 kali ganda lebih banyak dalam Minyak Zaitun. Vitamin E adalah penting untuk membangunkan dan mengekalkan fungsi saraf dan sistem otot. Minyak Argan mengandungi lebih daripada 80% mono dan asid lemak poli tak tepu, yang mempunyai kesan yang baik pada keadaan reumatik dan penyakit kardiovaskular.
- Meneutralkan radikal bebas.
- Melindungi tisu-tisu pengantara.
- Merangsang oksigen dalam badan.
- Meningkatkan keupayaan otak.
- Mempunyai pengaruh yang baik terhadap hati dan pencernaan.
- Membantu mengawal tahap darah kolesterol.
Kajian telah menunjukkan bahawa 16g 92 sudu teh) Minyak Argan memenuhi keperluan harian badan untuk asid linoleik penting dan kandungan tinggi asid linoleik dalam Minyak Argan membantu mengawal tahap darah kolesterol.
Minyak Argan Untuk Kulit Berjerawat
CARA PENGGUNAAN
- Untuk Kegunaan Kulit : Sapukan 2 hingga 4 titis Minyak Argan dengan rata ke seluruh wajah, leher atau bahagian yang bermasalah yang telah dibersihkan setiap pagi dan sebelum tidur, Urut secara perlahan sehingga ianya diserap dengan baik.
- Untuk Penjagaan Kulit Kepala Dan Rambut : Sapukan Minyak Argan pada kulit kepala dan urutkan dengan sekata sehingga ke hujung rambut. Biarkan selama 30 minit dan basuh rambut dengan syampu seperti biasa. Ulangi 2 kali seminggu untuk kulit kepala dan rambut yang sihat.
- Untuk Pemeliharaan Kuku : Rendamkan jari dalam campuran Minyak Argan bersama perahan lemon selama sepuluh minit dan kemudian bilas. Lakukan setiap minggu untuk memulihkan kuku yang rosak dan melembutkan jari.
Minyak Argan juga sesuai digunakan sebagai minyak urutan bagi mengurangkan rheumatisma dan sakit arthritis.
Jika sekiranya, anda ingin menyolek muka anda dengan produk-produk yang lain, dipohon agar membiarkan dahulu minyak argan ini selama 10 minit (untuk kesan yang maksimum).
BAHAN-BAHAN
100% Minyak Argan